assalamualaikum.lately ni bz sikit nk cari sponsor, naek turun company2 untuk dapat kan sponsor sempena kembara kemanusian kemboja.apee tu? haa,itu laa event paling besar bagi aku. event ke luar negara. bermula 14-16 julai 2012 ni.so skrg tgh giat cari sponsor untuk menaja kami kesana. kenapa kemboja?sbb nk cari pengalaman.ape aku nk share kan,masa kau cari sponsor ni,mcm2 ragam manusia aku jumpa. tp itulah pengalaman berharga yg harus aku kutip sebelum menepuh alam kerja. at least aku ader pengalamn sebelum kerja.kecut perut bila jumpa org atasan.kena prepare dgn pelbagai persoalan yg mungkin dyeron akan tye. haishh. hope sgt event ni berjalan lancar.semoga dipermudahkan.aminnn :)
Hana Si Sepet Menaip (:
kegagalan semalam merupakan tunggak kejayaan hari ini
Friday, 6 April 2012
Wednesday, 28 March 2012
semester depan ! (baru abes sem kot )
HAHA. excited update pasal semester depan, padahal sem ni baru abes. sem depan byk jugak la event yg akan dibuat kolej Tun Hasan. sekejap jer masa berlalu. rinduu. HAHAAH. Teringat masa PMDS, layan karenah adik2 yg baru nk melangkah ke dunia kampus, ada yg sanggup x nk tanggal heels masa minggu MDS ni berlangsung, wahh , superb laa boleh jalan jauh pakai Heels ! tabikk springgg ! biasa la pelajar perempuan, time ni nk tunjuk keayuaan. the best part is, dirog sentiasa berpakaian kemas sepanjg minggu MDS tu berlangsung. cantek2 and hensem2 adik2 aku nihh. anak sapaaaa laa ni.
tapi ape2 pon enjoy layan keraneh dyeorg. dah la 1st time jd PM masa tu. AHAHA.dapat gelaran akak senyum. wahh.letupp ! #gara2 suka suruh diorg senyum. AAHAHA.ape-ape pon gud luck kat pelajar 2nd intake Dis '11- april '12 x sabar nak Jadi PMDS sem depan.. :)
Tuesday, 27 March 2012
alahai sedapnyerrrrrr
bila dah petang ni, aku terfikir... *awan2 kat atas kepala(berangan satttt)*
"petang2 ni, kalau dapat minum kopi xpon teh o panas,pastu pekena plak kalau dapat makan kueh cakoi xpon goreng pisang seringgit dua ni, masyukkk!"
"sedapnyer dapat makan kek secret recipe, xpon dapat makan banana split pon sodappp !"
pernah x kat fikiran korg, terfikir bnda mcm ni (ke aku jer?HAAHAH)
haha, pasaaiipaaa bnda ni berlaku? (asal aku ckp loghat kedah plak ni?)
kadang2 kita x sedar, cara pemakanan kita itu salah dan boleh menyebab kan pelbagai penyakit menyerang tubuh badan kita. tahu x, cara diet zaman Rasul kesayangan kita nabi Muhammad S.A.W? hahh, meyhhh Dr. hana(chewahhh) share kat angpaa smueee.
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.
Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”-petikan dari http://www.islamituindah.my
Monday, 26 March 2012
Cincin impian, Berangan jappp ! :B
semasa kecik2 lagi, perempuan terutamanya, imaginasi untuk jadi dewasa mmg x leh dipisah kan. mana x nye, kecik2 lagi dah main mak2 ( orang cakap pondok2) la,main masak2 laa. wahh keperempuanan sgt, (tapi dah besar, x pulak rajin masuk dapur) then, dahh gatal nk kawen (even x tawu kawen tu ape), sbb sebuk nk pakai cincin...errr ! sampai sanggup beli tikam byk2, untuk dapat kan cincin mainan.dahh dapat cepat2 pakai,chehhhh !pastu bangga pakai kat sekolah, tunjuk kat kawan. last2 kene rampas.pastu siap selak majalah pengantin, tgk cincin ape paling latest, artis pakai cincin mcm mane, HAAHAH. kelakar.now bila dah besar (baru 20 tahun hana, xyh nk ckp dewasa sgt =,=) , baru pham. and setiap perempuan mesti ada cincin impian untuk dipakai masa majlis akad nikah nanti kann. baru2 ni tgk yursy and lisa design sendiri cincin dieorg, alahaiii... sweettt uolsss !(jeless. nak camtuuuu ! heee)
kat bawah ni design latest cincin yg aku search.(kalau ader paling latest, sorry, ni jer y menarik kat pandangan mata aku. heeee.rambang mata tgk. aduuhh ! :B
kat bawah ni design latest cincin yg aku search.(kalau ader paling latest, sorry, ni jer y menarik kat pandangan mata aku. heeee.rambang mata tgk. aduuhh ! :B
ape2 pon, yg penting, bkn cincin yg menjadi ukuran,tp keikhlasan dan ketulusan setiap pasangan :D
*chewahhh ! HAAHAHAHA
cita2.. ?
![]() |
1st:mula2 nak jadi peguam ataupun hakim.ni laa pilihan 1st aku suruh angah tulis kat buku laporan :) |
Erti sebuah persahabatan :)
Ain, mira, nazrul. my bestfriend. :B |
![]() |
Aku ngan ieyda |
![]() |
aku ngan najwa |
atin ngan aku |
najwa,aku,pdot,fifi |
shuk,pdot,aida,ieyda,cicak |
love both of you ! <3 |
wanita tidak suka lelaki pendek?
betul ke,perempuan kalau mencari pasangan,x suka kan lelaki lebih rendah darinya.kenapa ek? malu? segan? or nmpak disaster kalau kapel dengan lelaki lebih rendah? dulu org tua2 selalu ckp, kalau pasangan tu,lelaki dia lebih rendah,rezeki lagi murah.betul ker? hmmm. ape2 pon, bagi aku, tu terpulang kepada diri msing2.bila dah hati dah syg,dah jatuh cinta,mcm mane pon bntuk fizikal pasangan kita,bg kita terlalu sempurna dimata. bak kata orag,cinta itu buta.yang penting hati.betul kann ?
petikan akhbar |
Subscribe to:
Posts (Atom)